Isnin, 14 April 2014

MASALAH PERIBADI ATAU IMBUHAN? KETUA KAMPUNG jadi MANGSA

PARIT 15 April 2014 - Isu perlantikan ketua kampung, masih tidak berpuas hati walaupun perlantikan telah dibuat dan watikah telah dikeluarkan. 

Ada yang tidak bersetuju dengan perlantikan ketua kampung baru, ada sesetengah nya pula tidak bersetuju dengan perlantikan semula ketua kampung lama. Tapi walau apa masalah pun semuanya ada jalan penyelesaian. Kepada pihak berwajib berbincang dan bermuzakarah sesama penduduk setempat dengan segera dan dipandang serius agar masalah tidak menjadi lebih parah. 


Rata-rata mereka menyatakan rasa tidak puas hati terhadap lantikan ketua kampung lama kerana tiada undian dan persetujuan dari penduduk dan mereka menganggap ianya tidak adil. Selain dari itu, mereka tidak berpuas hati terhadap ketua kampung lama adalah kerana masih banyak masalah yang  tidak diselesaikan.

Kerana tidak berpuas hati perlantikan ini ada yang sanggup nak keluar dari UMNO? Semudah itu goyahnya kekuatan perjuangan kepada UMNO? Apakah cukup sekadar masalah ini kita nak menggadaikan maruah diri sehingga sanggup berpaling tadah. Dimana rasa tanggungjawab nak memperjuangkan hak Melayu kalau baru hal-hal macam ni pun dah macam sampai nak menjual harga diri. PENTING sangat ke jawatan tu?

Jangan lah kerana permasalahan peribadi, diri sendiri yang rugi.... dan janganlah mengheret penduduk yang tidak bersalah dan tidak mengerti apa-apa ke kancah persengketaan ini.... 


Ketua Kampung yang dilantik dan telah diberi watikah berkhidmatlah dengan penuh keikhlasan dan rasa tanggungjawab, janganlah hanya mengejar imbuhan semata-mata. Segala perbuatan kita sentiasa diperhatikan oleh penduduk. Selamat menjalankan amanah yang diberikan dan sentiasa mendapat keberkatan! alhamdulillah.....syukur... 

Ahad, 13 April 2014

Promosi KB1AJ 2014 .... Harga Murah !!!

Kedai Bergerak 1 Amanjaya (KB1AJ) ialah sebuah projek penawaran 22 jenis barang keperluan asas pada harga yang rendah dan berpatutan dan diedarkan secara bergerak dengan lori khas KB1AJ.  KB1AJ ini telah diuruskan oleh Yayasan Bina Upaya (YBU)  dan  Y.A.B Dato' Seri Diraja Dr. Zambry b. Abd Kadir selaku Pengerusi YBUDR dan merangkap Menteri Besar Perak yang telah banyak mencetus ilham ini sebagai memanjangkan lagi idea konsep Kedai Rakyat 1 Malaysia.

                                                                                                           




Bertempat di Perkarangan Masjid Al- A'liah, Pantai Remis telah dilangsungkan Kedai Bergerak ini. Program ini hanya berjalan sehari bermula jam 8.30 pg sehingga 5.00 petang sahaja.Acara ini telah mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk luar bandar yang tidak berpeluang menikmati kemudahan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M).

KB1AJ ini TIDAK memberi saingan kepada peruncit kecil setempat kerana kehadiran KB1AJ ini hanya sebulan sekali dan kira-kira 22 jenis barangan asas sahaja yang ditawarkan oleh YBU ini.


Penduduk setempat berharap program sebegini terus diadakan kerana barangannya murah dan mampu dibeli. Apa yang penting kerajaan telah memberi bantuan inisiatif kepada masyarakat luar bandar agar terus membeli barangan buatan Malaysia. Belilah barangan buatan Malaysia !!!

BAHANG KEPANASAN ISU KETUA KAMPUNG!!!

LUMUT – 13 April 2014 – Perlantikan Ketua Kampung masih hangat diperkatakan oleh kebanyakan kampung yang rasa tidak puas hati dengan perlantikan yang telah direstui oleh Menteri Besar Perak.

Tidak ketinggalan dengan Bahagian Lumut  ini iaitu di Kampung Sitiawan telah berlaku satu Demonstrasi tunjuk perasaan dan telah membuat sidang akhbar bersama Sinar, sebaik sahaja selepas Mesyuarat Cawangan Kampung Sitiawan bersidang.

Dari sumber yang pasti Mantan Ketua Kampung bersama AJK JKKK kampung tersebut merasa tidak puas hati diatas perlantikan ketua kampung yang baru disebabkan beliau bukan anak tempatan dan perlantikan tersebut tidak mengikut nama yang telah dicadangkan/senarai oleh penduduk kampung.

Mereka merasa amat kecewa sehingga ujudnya kain rentang dimerata tempat dikampung dengan slogan

1. " Kami tidak sokong ketua kampung baru. bukan pilihan kami, pilihan UMNO Bahagian Lumut & bukan anak tempatan Kg Sitiawan".

2. " Kami mahu Ketua Kampung baru anak tempatan"

3. " Ketua Kampung baru bukan calon kami dan bukan anak tempatan".

4. " Pemuda tolak Ketua Kampung baru, bukan anak tempatan  & bukan pilihan pemuda cawangan. pilihan UMNO Bahagian Lumut".

Ini amat membimbangkan kerana peti undi untuk Daerah Mengundi Kg Sitiawan tewas kepada pembangkang (PAS) pada PRU 13 yang lalu dan ianya akan meninggalkan kesan yang buruk lagi apabila Mantan Ketua Kampung (merupakan Ketua Cawangan) menyatakan hasrat hati nya bersama AJK JKK untuk membubarkan cawangan mereka kerana UMNO Bahagian Lumut masih berdiam diri setelah berlakunya kontrovesi  ini, seolah-olah perkara ini tidak mendatangkan kemusnahan UMNO Bahagian Lumut sendiri.

Menurut Mantan Ketua Kampung, beliau tidak menyalahkan ketua UMNO Bahagian Lumut merangkap Menteri Besar Perak tetapi rasa kecewa dengan pihak pengurusan di Bahagian Lumut itu sendiri kerana tidak berbincang dengan penduduk Kampung beliau untuk mendapat restu dan persetujuan, dimana mereka juga telah mencalonkan 2 orang penduduk anak tempatan sebagai Ketua Kampung sebaliknya UMNO Bahagian Lumut telah melantik orang yang bukan penduduk tempatan yang tiada dalam senarai.

Tegas beliau lagi ” Sekiranya Menteri Besar tidak bertindak untuk menyelesaikan masalah dan pergolakan ini, saya dan AJK JKKK sanggup untuk membubarkan UMNO Cawangan ini”
Kata-kata ini telah disokong oleh ahli mesyuarat Cawangan Kg Sitiawan.

 

Beliau mohon supaya dibuat undian di Kampung Sitiawan untuk lantikan semula seandainya UMNO Bahagian Lumut ini TELUS.

Ujud nya kebimbangan dimana Daerah Mengundi Kg Sitiawan ini adalah berstatus Hitam. Peti Undi kalah dengan majoriti 375 dimana PAS telah berjaya menawan dengan 1,940 undi berbanding dengan BN 1,565 undi.

Krisis yang demikian tidak boleh dipandang mudah kerana dikuatiri pihak pembangkang mengambil kesempatan diatas kelemahan pihak pengurusan di peringkat UMNO Bahagian Lumut. 

Jumaat, 11 April 2014

TAMAN TERBIAR TIADA RASA TANGGUNGJAWAB....

mmmmm...... dulu memang indah dan terjaga taman ni...tapi sekarang ni la yang dapat kita lihat. Di mana rasa tanggungjawab kita sebagai pengguna taman ini. Sampah dibuang merata-rata tanpa ada rasa bersalah walau sedetik di hati.

Taman ni pernah suatu ketika dulu, menjadi tempat permainan dan tempat berjogging untuk kuruskan badan, maklumla ni sajalah taman yang ada di Bota Kanan ini. Sambil berjogging aku dapat melihat keindahan ciptaan Tuhan. Bunga-bunga berkembang mekar dengan pelbagai jenis dan berwarna-warni.

Tapi, itu suatu masa dulu...... kini yang tinggal hanya rumput2 kering dan pokok2 sahaja. Bunga-bungaan hanya tinggal 3 - 4 pokok sahaja. Tiada lagi keindahan seperti dulu. Sepi...sepi...dan sepi.... itulah yang aku rasa apabila melalui taman ini.

Mungkin, pihak yang berwajib boleh membantu bersama-sama memeriahkan semula taman ini. Banyak cara boleh kita lakukan bersama. Contohnya seperti kempen menanam pokok bunga, kempen cintakan kebersihan, mengadakan aktiviti senaman secara mingguan, mempelbagaikan aktiviti sukan, menambah peralatan sukan untuk golongan dewasa, menambah lampu pada mlm hari agar tiada kegiatan yang tidak diingini, meningkatkan rondaan dan sebagainya agar taman ini berseri dan ceria semula. Dengan ini, ramai yang akan mengunjungi taman ini untuk aktiviti riadah bersama keluarga.

Akhir sekali, dengan cerianya taman ini, ramai yang akan berkunjung memandangkan ianya berhampiran dengan padang footsal, Pusat Hidupan Liar Tuntung dan Taman Perumahan..

Majulah Sukan untuk Negara..... Rakyat Sihat Negara Maju....

Khamis, 10 April 2014

KEDAI MDPT SEMUANYA BERTUAN tapi TUTUP SEPANJANG MASA? niaga ke tidak neh?

Bota Kanan...11.30 pagi...kedai nie di katakan semuanya ada tuan, tetapi yang menjalankan operasi hanya la separuh, separuh lagi tu dilihatkan tutup sepanjang masa, tak tahu la mungkin tuan kedai hanya menyewa sebab nk booking kedai tu, nak bagi sewa kat orang, atau nak membuka perniagaannya setahun atau dua tahun akan datang.


Diharapkan Majlis Daerah Perak Tengah dapatlah memantau dan mengambil tindakan kepada mereka-mereka yang hanya menyewa tetapi tidak berniaga dan ada yang menyewanya kepada pihak ke tiga. Kalau belum masa nk berniaga, bagilah peluang orang lain. Kalau nk berniaga bukak la kedai tu tanda kome memang nk berniaga bersungguh-sungguh, jangan sekadar menyewa untuk disewakan dan mengambil untung atas angin sahaja..

Bukan apa, bagi lah peluang kepada mereka yang memerlukan kedai, di fahamkan bahawa sewa MDPT kenakan hanyalah RM60.00 sebulan. Tetapi ada yang menyewanya kepada pihak ke tiga sekaliganda sewa yang dikenakan oleh pihak MDPT iaitu dalam lingkungan RM120 ke RM180. 

Sekadar luahan hati, oleh peniaga yang memerlukan kedai, tetapi sewa atas sewa yang dikenakan amatlah tidak bertanggungjawab..... kalau di tengokkan idup segan mati x mau je kedai-kedai tu tutup sepanjang tahun!!

Rabu, 9 April 2014

PERMINTAAN ISTERI BERAKHIR TRAGEDI


Permintaan isteri berakhir tragedi
Muhammad Syafie bersama anaknya reda dengan kehilangan orang tersayang. 
Gambar kecil: Nurzuraiyanie Habil

MANJUNG - Seorang suami tidak menyangka permintaan isterinya untuk pulang ke kampung berakhir tragedi apabila isteri dan anak perempuannya maut terlibat dalam satu kemalangan pada Sabtu lalu.

Muhammad Syafie Tumiran, 30, berkata, isterinya, Nurzuraiyanie Habil, 30, telah meminta izin untuk pulang ke kampung di Seri Manjung untuk menziarahi ibu mertuanya.

“Ketika itu saya sedang bekerja dan dia menelefon memberitahu mahu pulang ke Seri Manjung bersama dua anak. Pada mulanya saya agak keberatan untuk membenarkannya pulang dan dalam nada bergurau saya mengatakan tidak boleh namun saya tetap mengizinkannya.

“Memang sudah menjadi kebiasaannya isteri dan anak-anak untuk pulang sendiri jika saya tidak dapat menemani mereka,” katanya ketika ditemui di rumah ibu mertuanya di Seri Manjung di sini semalam.

Muhammad Syafie berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan kedua-dua arwah seminggu yang lalu kerana dia tinggal sendiri memandangkan dia kini menjalani latihan amali di Bangsar.

“Saya masih lagi belajar di Politeknik Arau dan jarang-jarang dapat berjumpa dengan anak-anak dan isteri yang tinggal di Bangi. Namun begitu, seminggu sebelum kejadian, arwah isteri kelihatan lebih suka bergurau, begitu juga dengan anak perempuan yang suka bersama saya.

“Anak perempuan saya juga tidak banyak ragam seperti sebelum ini dan amat rapat dengan saya. Memang saya tidak menyangka itu adalah petanda terakhir yang menunjukkan mereka bakal meninggalkan saya dan seorang lagi anak lelaki kami,” katanya.

Nurzuraiyanie dan anaknya Iman Nur Qurratunnisa, setahun tiga bulan, yang dalam perjalanan dari rumahnya di Bangi menuju ke Seri Manjung, maut apabila kereta yang dipandu Nurzuraiyanie yang dipercayai cuba memotong kenderaan di hadapannya telah memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori dari arah Sitiawan ke Teluk Intan.


Selasa, 8 April 2014

PENJUALAN TANAH FELCRA OLEH PENEROKA??

Sekadar Gambar Hiasan

Seri Iskandar, Felcra Nasaruddin Belia, 08 April 2014... desas desus mengatakan ramai peneroka FELCRA menjual tanah mereka kepada Pemaju Perumahan. Ada sesetengah peneroka telah menandatangani perjanjian jualbeli tanah 3 ekar kepada Pemaju dari Pahang yang didalangi oleh tengah yang berasal dari Kg. Gajah.

Peserta FELCRA dinasihatkan tidak termakan dengan godaan tawaran menjual tanah berikutan langkah Kerajaan Negeri memberi hak milik tanah kepada mereka. Peserta tidak seharusnya melihat keuntungan dalam masa singkat sebaliknya memikirkan masa depan generasi akan datang.

“Memanglah lumayan jika mereka jual. Bayangkan 10 ekar tanah yang mereka dapat, tawaran yang mereka dapat mencecah RM1 juta dan amaun ini kelihatan banyak. Tetapi berapa lama RM1 juta boleh bertahan...ada peserta yang menangis - nangis datang jumpa minta tolong dapatkan tanahnya balik setelah mereka sedar duit RM1 juta habis sekelip mata...ketika itu masanya sudah terlambat.

Perjanjian telah pun bermula pada pertengahan Mac dan masih berterusan sehinggalah sekarang. Setakat ini, maklumat mengatakan ADUN Belanja telah berjumpa dan menasihatkan peneroka agar tidak menjual tanah mereka kerana mereka akan mengalami kerugian akibat dari penjualan tanah tersebut. Pihak berwajib tolonglah pantau penjualan tanah ini agar tanah-tanah yang ada tidak terjual kepada pemaju perumahan yang akhirnya akan menyebabkan tanah FELCRA bertukar kepada Projek Perumahan....masalah ini boleh menjadi serius sekiranya tidak dibendung.

Untuk makluman, peserta boleh mendapat tidak kurang daripada RM5,000 sebulan keuntungan daripada jualan hasil kelapa sawit. Bayangkan, dengan RM5,000 pendapatan sebulan, peserta FELCRA boleh diketogori sebagai golongan pertengahan.

Memang tidak dinafikan, tindakan sesetengah peserta yang menjual tanah demi melangsaikan hutang yang tertunggak adalah satu tindakan yang kurang bijak kerana masih ada cara penyelesaian terbaik yang boleh diambil bagi menyelesaikan masalah itu. 

Cuba renung balik waktu betapa susahnya ibubapa dan peserta sendiri nak dapatkan tanah ini, nilai tanah yang ada itu sangat berharga di kemudian hari kerana TANAH TIDAK AKAN MEMBIAK......wassalam....