Rabu, 28 Mei 2014

PRK Teluk Intan - BIJAK memilih CALON demi MASA DEPAN yang TERJAMIN



Sesuatu yang patut kita sebagai bangsa Melayu fikirkan bersama. Kalau DAP boleh pertikai, mengapa ISMA tidak boleh?
Naib Presiden II ISMA, Encik Abdul Rahman Mat Dali menyatakan adalah tidak adil sekiranya orang bukan Melayu boleh mempertikai hak istimewa orang Melayu tetapi sebaliknya orang Melayu tidak pula boleh mempersoal hak mereka.

“Jika DAP dan sesiapa yang lantang mempersoalkan keputusan-keputusan dahulu tentang hak orang Melayu, kita juga boleh mempertikaikan keputusan-keputusan dahulu yang memberi hak kepada kaum bukan Melayu. “Kalau tidak boleh, maka ia tidak adil,” demikian tegasnya dalam ruangan kolumnis di ISMAweb baru-baru ini.

Abdul Rahman sebelum ini mendakwa parti DAP itu berpotensi mencetuskan perbalahan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969 kerana parti itu berideologikan fahaman sosialis dan sekular serta memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia.Konsep Malaysian Malaysia menyeru kepada kesamarataan antara kaum dan mensasarkan hak keistimewaan Melayu seperti dalam Perkara 153 Perlembagaan dihapuskan.

Hak istimewa orang Melayu ini telah dimaktubkan Perlembagaan Persekutuan menerusi Perkara 153 yang memberi rizab kepada orang Melayu membabitkan 3 aspek, iaitu perkhidmatan awam, pendidikan dan ekonomi manakala hal berkaitan tanah rizab Melayu sebagai pada Perkara 89 dan 90.

“Tetapi apa yang berlaku apabila DAP, parti berfahaman sosialis ciptaan Yahudi itu sentiasa lantang mempertikai hak-hak istimewa orang Melayu termasuk MARA, UiTM, biasiswa, hak dalam urusan agama Islam termasuk mahu menyamaratakan semua kaum. “Jadi jika mana DAP mempersoalkan keputusan-keputusan dahulu tentang hak orang Melayu, kita juga boleh mempertikaikan keputusan-keputusan dahulu yang memberi hak kepada kaum bukan Melayu termasuk membenarkan duduk, mendapat kerakyataan ‘jus soli’ (secara borong) penggunaan bahasa asing, sekolah-sekolah mereka dan lain-lain lagi.

“Begitu juga jika DAP boleh mempertikai UiTM, ISMA boleh mempertikai sekolah Cina. “Kalau DAP mempersoal sumber wang negara diberi kepada orang Melayu, ISMA boleh persoal sumber kekayaan bumi Melayu yang banyak dan sekian lama dipunggah dan ada yang dibawa balik ke negara China.


Terlajak undi tak boleh di tarik balik........ ini ler kesan kalau x percaya...
Hadiah Kerajaan DAP Buat Rakyat Penang

1. Tarif Air Naik 120%.
2. Rumah Teres 1 Tingkat 25'×75' RM780,000.00.
3. Cukai Permis Perniagaan Naik 80%.
4. Roboh Perumahan Melayu Naikan Perumahan Teres Harga Hingga 1 Juta.
5. Tambang Bas Selian Kerajaan Negeri Naik 200%.
6. Tanah Status Sementara 70% Kerajaan Negeri Rampas Balik.
7. 1,500 pekerja kontrak & sambilan bawah Majlis Perbandaran & Daerah dipecat dlm masa 3 thn.
8. Sewa Tapak Pasar Malam RM300.00 di kawasan bandar. 


OLEH itu marilah kita MENGUNDI BN di HARI MENGUNDI PADA 31/05/2014 agar DATO' MAH dan BN dapat merealisasikan transformasi EKONOMI Teluk Intan..... #vote4BN
 



Isnin, 12 Mei 2014

Terengganu berlumba-lumba keluar UMNO...

maklumat terkini YB dari Umno yang telah keluar dari Umno telah menjadi YB bebas di Trg..
1.YB Dato seri ahmad said Bekas MB Trg
Dun kijal
2. YB Ghazali
Dun Ajil
3. YB Dato Mat jidin Dun permasuri
4. YB ir Rosli
Dun kemasik
5. YB Nawi
Dun Hulu Besut
6. YB Dun Bukit Besi
Pembubaran Dun dan PKN bagi n.Trg di jangka akan diadakan dlm masa terdekat setelah YAB Dato Ahmad Razif MB Trg mendapat perkenan dari Tuanku sultan Trg untuk membubarkan Dun ekoran 6 org YB dari Umno telah mengumumkan keluar dari Umno dan menjadi YB bebas..Kedudukan Terkini Dun Bagi N.Trg..PAS/ PKR 15 Kerusi Dun..UMNO 11 Kerusi Dun,. BEBAS 6 Kerusi Dun jumlah Keseluruhan 32 Kerusi Dun..

Jumaat, 25 April 2014

KUBUR BERCAHAYA

Shaq Adzwan :- Sebagai waris terdekat, kami izinkan penyiaran artikel ini dengan pembetulan:

Jenazah Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi (Haslinatul Adzlin) dikebumikan di Batu 8, Changkat Jering, Taiping selepas asar.

Allahyarhamah dari Ipoh, Perak dan meninggal di Hospital KL pada 20.4.2014 jam 8.52am (Ahad) kerana menghidap Breast Cancer dan merebak ke tulang sum-sum serta hatinya. Merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil.

Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAH HAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan. 31 mins ·

Khamis, 24 April 2014

Perak Bakal Miliki Wilayah Pembangunan Ala Iskandar Malaysia

LUMUT - 23 April 2014
Perak bakal punyai satu wilayah pembangunan ala Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor sekiranya cadangan kerajaan negeri untuk mewujudkan pusat pertumbuhan baru mendapat lampu hijau Kerajaan Pusat.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata walaupun cadangan tersebut belum dikemukakan secara rasmi, kerajaan negeri telahpun mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Kerajaan Pusat mengenai hasrat melaksanakan perkara tersebut.

Katanya pusat pertumbuhan baharu yang bakal dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Perak Selatan yang akan dilaksanakan di bawah Khazanah akan bermula dari Tanjung Malim sehingga ke Hilir Perak.

Beliau berkata pembangunan di wilayah baharu akan mengetengahkan kekuatan ekonomi sesuatu daerah termasuklah sektor automobil di bandar baru Proton di Tanjung Malim.

"Selain kekuatan ekonomi setempat, kita juga akan pastikan Wilayah Pembangunan Perak Selatan ini menggunakan ciri-ciri pembangunan yang telah kita kenal pasti di bawah pelan induk Perak Amanjaya.

"Sektor lain yang kita kenal pasti adalah pendidikan, pelabuhan dan industri berasaskan keluli yang dihasilkan oleh kilang Vale di Lumut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di pejabatnya, hari ini.

Menurut Dr Zambry, kewujudan wilayah pembangunan baharu itu penting memandangkan kedudukan kawasan Perak selatan ini yang tidak ada di dalam mana-mana wilayah pembangunan ataupun koridor pembangunan.

Menjawab satu soalan, Menteri Besar berkata beliau percaya kerajaan memerlukan peruntukan beberapa bilion ringgit untuk dijadikan sebagai modal permulaan untuk menjana pertumbuhan di wilayah itu.

Beliau bagaimana pun tidak dapat memberi jangkaan nilai pertumbuhan ekonomi yang bakal dijana di kawasan itu sehinggalah cadangan pelan pembangunan yang dikemukakan kerajaan negeri mendapat kelulusan.

"Dari segi pembangunan keseluruhannya kita harapkan ianya dapat menggerakkan lagi satu kawasan dalam negeri Perak ke arah pembangunan menyeluruh,''ujarnya.

Menurut Dr Zambry, pembangunan wilayah baharu ini juga turut memyediakan kemudahan dari segi infrastruktur dan merupakan salah satu keputusan kerajaan membina lebuhraya baharu Pantai Barat bagi merancakkan pertumbuhan di kawasan berkenaan.

Beliau turut menjelaskan bahawa kewujudan Wilayah Pembangunan Perak Selatan ini bukan kerana ketidakupayaan Proton membangunkan Tanjung Malim tetapi lebih kepada satu pelan perancangan jangka panjang dan berfasa untuk pembangunan Perak.

Selasa, 22 April 2014

"KEPANASAN" gara-gara rombakan kabinet yang desas-desusnya semakin KUAT.

LUMUT -  Siapa Menteri yang akan digugurkan? Siapa pula yang akan dinaikkan? Besar kemungkinan akan ada rombakan kabinet dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. Apa yang hangat dipersoalkan adalah..... BILA???? .

Mungkinkah 6 Mei ini iaitu setelah genap setahun BN kembali berkuasa selepas PRU13? Jika ikut sifir politik apa yang terbentang di depan mata sekarang memang ada beberapa kekosongan dalam pentadbiran perlu diisi.

Untuk jawatan di Pusat misalnya, wujud kekosongan di Jabatan Perdana Menteri selepas Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy melepaskan jawatan sebagai timbalan menteri awal Febuari lalu.

Selain itu, selain itu, menteri yang jaga tranformasi ekonomi, Datuk Seri Idris Jala juga perlu melepaskan jawatan tersebut.

Ini kerana penggal beliau sebagai senator yang melayakkan beliau menjadi menteri akan berakhir pada September 2015.

Beliau genap enam tahun atau dua penggal selepas kali pertama mengangkat sumpah sebagai senator dan menteri pada September 2009.

Selain itu, tuntutan parti komponen BN Sarawak, yang mahu membuat pertukaran terhadap 'wakil-wakil' mereka juga perlu diambil kira oleh Perdana Menteri dalam rombakan kali ini.

Itu belum masuk bab mengembalikan semula wakil MCA ke kabinet selepas mesyuarat agung luarbiasa parti itu luluskan usul nak terima balik jawatan dalam kerajaan.

Sebelum ini kepimpinan lalu bawah Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memutuskan tidak mahu terima jawatan berikutan prestasi parti itu yang buruk semasa PRU13.

Spekulasi mengatakan MCA mungkin diperuntukkan satu menteri dan tiga timbalan menteri.

Ini kurang daripada biasa dimana parti tersebut dulu mempunyai empat menteri dan tujuh timbalan menteri.

Pada Isnin, Naib Presiden MCA yang juga bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong bersama Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon angkat sumpah sebagai senator.

Jika ikut rangking dalam parti, ini bukan senator biasa, ini lantikan untuk membolehkan dua pemimpin MCA ini ke kabinet jika ada rombakan.

Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pula kata beliau sedia menerima apa sahaja keputusan Perdana Menteri berhubung kedudukannya.

Ini berikutan desas-desus beliau antara Menteri Besar yang akan ditukar dalam rombakan tidak lama lagi.

Menurut Mohamad, kedudukan dan pelantikan seseorang menteri besar berada dalam bidang kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Isnin, 21 April 2014

LUMUT PESAT MEMBANGUN

LUMUT- 20/04/2014  Kerajaan Perak Mahu Penglibatan Wakil TLDM Dalam Proses Pembangunan Bandar Lumut:- DSD Dr Zambry Abdul Kadir

"Sebarang permohonan untuk membangunkan apa-apa bentuk bangunan atau perumahan di Lumut hendaklah memasukan wakil daripada TLDM di dalamnya," kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Menurut beliau, aspek berkenaan amat penting kerana kerajaan negeri bimbang sekiranya perkara-perkara yang tidak sewajarnya berlaku dikawasan berkenaan.

Atas dasar itu jelas beliau, pandangan daripada wakil TLDM amat penting dalam proses pembangunan di bandar Lumut.

"Berkaitan dengan pembangunan sepanjang yang dipanggil Lumut Esplanade ini yang telahpun menjadi sebahagian daripada pelan perancangan bandar Lumut dengan sebaik-baiknya.

"Saya telah meminta kepada pihak Majlis Perbandaran Manjung untuk memasukkan wakil TLDM untuk pembangunan bandar Lumut ini.

"Dan sekarang kita sudah ada Ahli Majlis Perbandaran Manjung daripada TLDM," katanya pada sidang media di Majlis Program Jiwa Murni Pembersihan Lumut Bandar Tentera Laut dan Pertunjukan Pancaragam Sempena Sambutan Lumut Bandar Tentera Laut di Dataran Putra, Lumut.

Zambry menambah, kerajaan negeri bimbang wujudnya kesan-kesan sampingan sekiranya pandangan dari pihak TLDM tidak diambil kira.

Katanya lagi, sebagai kawasan yang telah digazetkan sebagai Bandar Maritim, maka bandar Lumut perlu dipelihara dalam pelbagai aspek.

 
 "Satu lagi saya minta untuk pembangunan di kawasan ini dapat dimasuk sebarang projek kerana saya tidak mahu mengulangi perkara-perkara yang tidak sewajarnya berlaku dan pandangan dari TLDM tidak diambil kira.

"Dan ini menyebabkan ada kesan-kesan hidrografi dan kesan lain yang tidak baik bukan hanya kepada alam sekitar tetapi juga kesan kepada keselamatan di sini.

"Kita perlu sensitif dengan kawasan Lumut ini kerana ia merupakan kawasan pertahanan negara yang melibatkan TLDM sebab itu saya memandang serius," katanya lagi.


Jumaat, 18 April 2014

JANGAN tinggalkan LAPPY atas KATIL, BANTAL dan LAIN-LAIN


Kita sering bekerja dengan menggunakan laptop. Kekadang kita memangku laptop sampai paha terasa panas. Untuk perhatian, kita perlu hati-hati kerana panas yang dikeluarkan oleh laptop akan menimbulkan sindrom kulit terbakar. Menurut sebuah laporan media, aktiviti yang membuat kulit menjadi panas dalam jangka panjang dapat menyebabkan sindrom kulit terbakar yang menyebabkan munculnya bintik-bintik hitam di kulit yang terkena panas. 

Panas dari laptop biasanya mencapai sehingga 50 derajat Celsius. Oleh karena itu, kita disarankan untuk tidak memangku laptop terlalu lama. Gangguan kulit merupakan salah satu dari 10 jenis impak negatif penggunaan laptop secara pemangkuan sendiri.

Seorang kanak-kanan berusia 12 tahun mengalami perubahan warna kulit di bahagian paha kerana selalu memangku laptop untuk bermain game. Meskipun dia merasakan panas dari sisi kanan dan kiri laptop, namun dia tetap memangku laptop tersebut selama beberapa jam setiap hari. Meskipun tidak berbahaya, namun panas dari laptop ini dapat merosakkan kulit. dan menyebabkan penggelapan kulit secara kekal. Apple, Hewlett Packard dan Dell telah memberikan peringatan dalam buku petunjuknya supaya pengguna tidak meletakkan laptop di pangkuan atau di atas kulit dalam waktu lama kerana berisiko terbakar.


Seorang remaja berusia 25 tahun meninggal dunia akibat kebakaran. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari menyiasat untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida yang keluar semasa kebakaran komputer!

Jadi berhati-hati lah yer kalau nk mempergunakan Laptop bagi jangka masa yang panjang. Tidak rugi menghabiskan wang ringgit bagi membeli keperluan atau aksesori komputer untuk keselamatan.