Selasa, 8 April 2014

PENJUALAN TANAH FELCRA OLEH PENEROKA??

Sekadar Gambar Hiasan

Seri Iskandar, Felcra Nasaruddin Belia, 08 April 2014... desas desus mengatakan ramai peneroka FELCRA menjual tanah mereka kepada Pemaju Perumahan. Ada sesetengah peneroka telah menandatangani perjanjian jualbeli tanah 3 ekar kepada Pemaju dari Pahang yang didalangi oleh tengah yang berasal dari Kg. Gajah.

Peserta FELCRA dinasihatkan tidak termakan dengan godaan tawaran menjual tanah berikutan langkah Kerajaan Negeri memberi hak milik tanah kepada mereka. Peserta tidak seharusnya melihat keuntungan dalam masa singkat sebaliknya memikirkan masa depan generasi akan datang.

“Memanglah lumayan jika mereka jual. Bayangkan 10 ekar tanah yang mereka dapat, tawaran yang mereka dapat mencecah RM1 juta dan amaun ini kelihatan banyak. Tetapi berapa lama RM1 juta boleh bertahan...ada peserta yang menangis - nangis datang jumpa minta tolong dapatkan tanahnya balik setelah mereka sedar duit RM1 juta habis sekelip mata...ketika itu masanya sudah terlambat.

Perjanjian telah pun bermula pada pertengahan Mac dan masih berterusan sehinggalah sekarang. Setakat ini, maklumat mengatakan ADUN Belanja telah berjumpa dan menasihatkan peneroka agar tidak menjual tanah mereka kerana mereka akan mengalami kerugian akibat dari penjualan tanah tersebut. Pihak berwajib tolonglah pantau penjualan tanah ini agar tanah-tanah yang ada tidak terjual kepada pemaju perumahan yang akhirnya akan menyebabkan tanah FELCRA bertukar kepada Projek Perumahan....masalah ini boleh menjadi serius sekiranya tidak dibendung.

Untuk makluman, peserta boleh mendapat tidak kurang daripada RM5,000 sebulan keuntungan daripada jualan hasil kelapa sawit. Bayangkan, dengan RM5,000 pendapatan sebulan, peserta FELCRA boleh diketogori sebagai golongan pertengahan.

Memang tidak dinafikan, tindakan sesetengah peserta yang menjual tanah demi melangsaikan hutang yang tertunggak adalah satu tindakan yang kurang bijak kerana masih ada cara penyelesaian terbaik yang boleh diambil bagi menyelesaikan masalah itu. 

Cuba renung balik waktu betapa susahnya ibubapa dan peserta sendiri nak dapatkan tanah ini, nilai tanah yang ada itu sangat berharga di kemudian hari kerana TANAH TIDAK AKAN MEMBIAK......wassalam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan