Ahad, 13 April 2014

Promosi KB1AJ 2014 .... Harga Murah !!!

Kedai Bergerak 1 Amanjaya (KB1AJ) ialah sebuah projek penawaran 22 jenis barang keperluan asas pada harga yang rendah dan berpatutan dan diedarkan secara bergerak dengan lori khas KB1AJ.  KB1AJ ini telah diuruskan oleh Yayasan Bina Upaya (YBU)  dan  Y.A.B Dato' Seri Diraja Dr. Zambry b. Abd Kadir selaku Pengerusi YBUDR dan merangkap Menteri Besar Perak yang telah banyak mencetus ilham ini sebagai memanjangkan lagi idea konsep Kedai Rakyat 1 Malaysia.

                                                                                                           




Bertempat di Perkarangan Masjid Al- A'liah, Pantai Remis telah dilangsungkan Kedai Bergerak ini. Program ini hanya berjalan sehari bermula jam 8.30 pg sehingga 5.00 petang sahaja.Acara ini telah mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk luar bandar yang tidak berpeluang menikmati kemudahan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M).

KB1AJ ini TIDAK memberi saingan kepada peruncit kecil setempat kerana kehadiran KB1AJ ini hanya sebulan sekali dan kira-kira 22 jenis barangan asas sahaja yang ditawarkan oleh YBU ini.


Penduduk setempat berharap program sebegini terus diadakan kerana barangannya murah dan mampu dibeli. Apa yang penting kerajaan telah memberi bantuan inisiatif kepada masyarakat luar bandar agar terus membeli barangan buatan Malaysia. Belilah barangan buatan Malaysia !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan