Jumaat, 18 April 2014

JANGAN tinggalkan LAPPY atas KATIL, BANTAL dan LAIN-LAIN


Kita sering bekerja dengan menggunakan laptop. Kekadang kita memangku laptop sampai paha terasa panas. Untuk perhatian, kita perlu hati-hati kerana panas yang dikeluarkan oleh laptop akan menimbulkan sindrom kulit terbakar. Menurut sebuah laporan media, aktiviti yang membuat kulit menjadi panas dalam jangka panjang dapat menyebabkan sindrom kulit terbakar yang menyebabkan munculnya bintik-bintik hitam di kulit yang terkena panas. 

Panas dari laptop biasanya mencapai sehingga 50 derajat Celsius. Oleh karena itu, kita disarankan untuk tidak memangku laptop terlalu lama. Gangguan kulit merupakan salah satu dari 10 jenis impak negatif penggunaan laptop secara pemangkuan sendiri.

Seorang kanak-kanan berusia 12 tahun mengalami perubahan warna kulit di bahagian paha kerana selalu memangku laptop untuk bermain game. Meskipun dia merasakan panas dari sisi kanan dan kiri laptop, namun dia tetap memangku laptop tersebut selama beberapa jam setiap hari. Meskipun tidak berbahaya, namun panas dari laptop ini dapat merosakkan kulit. dan menyebabkan penggelapan kulit secara kekal. Apple, Hewlett Packard dan Dell telah memberikan peringatan dalam buku petunjuknya supaya pengguna tidak meletakkan laptop di pangkuan atau di atas kulit dalam waktu lama kerana berisiko terbakar.


Seorang remaja berusia 25 tahun meninggal dunia akibat kebakaran. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari menyiasat untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida yang keluar semasa kebakaran komputer!

Jadi berhati-hati lah yer kalau nk mempergunakan Laptop bagi jangka masa yang panjang. Tidak rugi menghabiskan wang ringgit bagi membeli keperluan atau aksesori komputer untuk keselamatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan