Jumaat, 4 April 2014

BRIM TIDAK ADIL???

LUMUT- 4 April 2014... Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai sekali bayar sebanyak RM500 kepada isu rumah yang berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah. Kini ditambahkan lagi kepada RM650 pula bersama insuran. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.



Apa yang lebih menyuntik semangat rakyat untuk menyokong program transformasi di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, adalah apabila beliau mengumumkan bahawa BR1M akan diteruskan di tahun-tahun akan datang, sekiranya pendapatan negara bertambah dan dana mencukupi.

PERSOALAN NYA... 

Adakah ianya adil kepada golongan sasaran dan adakah ianya menepati kehendak rakyat keseluruhan nya, sedangkan pada pendapat sesetengah golongan ianya amat mengecewakan. 

Ini berlaku di Parlimen Lumut dimana segelintir penduduk merungut mengenai pemberian BRIM yang tidak adil kerana kelayakan mereka dipertikaikan dan permohonan ditolak. salah satu dari penyebab nya mengatakan gaji mereka telah melebihi dari syarat yang diluluskan padahal apabila disemak pihak LHDN mohon kepada mereka supaya membuat rayuan semula. Adakah dengan membuat rayuan ini akan menjadikan kelayakan mereka diterima?



Satu lagi persoalan mereka bahawa mengapa setelah mereka telah menerima 2 kali, kini permohonan mereka ditolak atas alasan No Kad Pengenalan tidak ujud di JPN. sekali lagi pemohon diminta menyemak di LHDN untuk membuat rayuan. Ini membuatkan ianya menjadi lebih rumit dan mengecewakan pemohon.

Sesungguh nya dasar kerajaan yang memperuntukkan sejumlah perbelanjaan negara untuk rakyat amatlah dipuji tetapi akibat kegagalan sistem, ianya banyak menyusahkan rakyat dan ini membuatkan rakyat membenci kerajaan kerana terlalu banyak kecelaruan dalam sistem dan birokrasi....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan