SUHU KAMPUNG tengah NAIK dan ada ramai yang kepanasan, sana sini membicarakan siapa KETUA KAMPONG yang baru. HANGIN SATU BADAN bagi yang tak terpilih atau yang tak disambung semula. Parit dan Kg Gajah juga turut kepanasan tentang pelantikan ketua kampung yang baru yang rata-rata dianggap tidak berkaliber dan tidak bersesuaian untuk menjadi ketua kampong.
Gambar sekadar hiasan
Soseh-soseh mulot karat berkata...Kampong Aji di Bote perlantikan ketue kampongnya menjadi topik kerana dia dianggap suka memecahbelahkan masyarakat serta hanya mengambil kisah tentang "kroni" nya sahaja. Sementara itu di Kg Sungai Ranggam di Kg Gajah, tempat mengeteh popular (kebanggaan penduduk tempatan) di restoran mamak Gulam Rasul pelantikan Tok Sidangnya kurang disetuju oleh sesetengah orang."tak layak', tak popular, tak mesra alam adalah antara yang didendangkan oleh SUARA SUARA sinis sesetengah peneguk secawan teh disana.
Kita perlu ingat dan faham bukan mudah utk memuaskan hati semua pihak, sesungguh mereka yang dipilih harus sedar akan tugas besar yang bakal menanti mereka, kepada pihak yang tidak berpuas hati buangkan lah rasa dengki dan iri hati bersatulah demi kebaikan kampong kerana jika asyik berbalah sesama sendiri nanti kampong sendiri juga yang rugi.
Sejarah tak pernah menipu, tindakan berpecah belah, tiada kesatuan penyebab utama kejatuhan sesebuah negara, itu kalau bercakap tentang negara. Sudah tentulah sedikit boleh kita jadikan teladan dan sempadan buat kampung. April ini tetap ada pemimpin datang pergi namun legasi perjuangan memajukan kampong perlu diteruskan. tidak kira pemimpin baru mahupon yang lama matlamat nya harus sama iaitu memajukan, memakmurkan serta menyatukan masyarakat kampong..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan